Herba Seks Lelaki Terbaik di Malaysia (+) www.trebest.net


Panji Teruna
artikel ini dipetik dari buku > PERMATA YANG HILANG

Terdapat berbagai amalan bagi menjaga kesihatan tenaga batin yang elok diamalkan oleh lelaki terutamanya yang mahu berumahtangga. Antara amalannya dirangkumkan di bawah ini dan dinamakan Panji Teruna. Bagi
lelaki yang normal ada dua masalah yang mungkin terjadi apabila jimak iaitu:

(A) Zakar tidak cukup ketegangannya atau Disfungsi Erektil  akibat tidak menjaga makan, tidak berpantang dan tidak melakukan senaman. Zakar yang lembik mungkin tidak dapat menusuk ke faraj, tidak mampu untuk memuaskan isteri dan mungkin akan memancutkan mani sebelum tiba masanya.

(B) Pancutan mani sebelum masanya atau Ejakulasi Pramatang. Gejala terjadi dari rasa sensitif yang melebihi normal pada saraf-saraf kelamin atau nafsu jimak yang tinggi dan tidak mampu mengawalnya. Rasa ngilu yang berlebihan itu terjadi apabila lelaki banyak makan makanan sejuk.

Nafsu jimak yang tinggi terjadi bila terlalu banyak makan makanan yang panas. Cara paling baik untuk mengatasi dua ekstrem ini ialah dengan latihan fizikal dan jika di Barat menerusi konsultasi psikologi. Ini bermakna, lelaki teruna bukanlah semestinya tahan dalam jimak malah kemungkinan berlakunya pancutan mani sebelum masa adalah lebih besar.

Ini mungkin timbul dari dua faktor penting bagi teruna iaitu rasa ghairah yang tinggi yang sukar dikawal kerana ‘barang yang haram menjadi halal’ dan juga kerana kurang pengahuuan yang mengakibatkan sukar bagi menyesuaikan tempo jimak, rangsangan jimak, posisi jimak, masa jimak serta kawalan psikologi untuk mendatangkan hasil yang dihajatkan.

Gejala zakar lembik mungkin terjadi pada semua peringkat umur. Ia paling mudah terjadi di kalangan lelaki yang suka memakan makanan sejuk dan berat badan melebihi normal. Bagi lelaki lain ia mungkin bersebab dari kurang senaman dan cara tidur malam yang tidak betul. Kes yang lebih gawat dari itu ialah tulang belakang yang terhentak atau saraf tunjang yang tersekat, menyebabkan saraf penegangan zakar tidak berfungsi penuh.

Aspek-aspek psikologi sebagai ubat tidak dibincangkan secara amat terperinci di Timur, tidak seperti di Barat. Kaedah rawatan di Timur lebih banyak menekankan aspek fizikal. Aspek psikologi banyak dibincangkan di Barat mungkin kerana di sana ramai manusia mengalami tekanan jiwa kehidupan metropolitan dan rasa marah atau benci atau cemburu kepada pasangan kerap berlaku kerana gejala kebebasan seks. 

Di Timur pada masa dahulu, perkara ini jarang berlaku. Namun satu perkara perlu diingat iaitu ‘percaya bahawa anda boleh menjayakannya maka anda boleh melakukannya dengan izin Allah’. Keyakinan dapat mengubati kelemahan yang ada. Disamping usaha-usaha fizikal yang dicatatkan maka paling baik agar berdoa kepada Allah agar dikurniakan kekuatan dan ketahanan.

Disenaraikan berikut ini 10 petua Melayu lama mengenai cara menjaga kesihatan tenaga batin. Kebanyakannya adalah berkaitan dengan Ilmu Tabib dan sedikit-sedikit mempunyai pengaruh Islam:

1. Mengurut Zakar
Bila bangun pagi sebelum buang air kecil, sebaiknya semasa zakarmasih tegang, ambil air liur basi dari langit-langit menggunakan ibu jari yang kanan. Kemudian selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. tiga kali berturut-turut. Bawa perut ibu jari itu ke kepala zakar lalu urut sekali lalu dari kepala zakar meughala ke lubang kencing. Gerakan ini membantu menyegarkan kepala zakar dan agar tidak mudah ngilu ketika jimak.

2. Menajamkan Zakar
Biji zakar yang keras akan menambah nikmat kepada isteri dan menegangkan zakar serta melambatkan pancutan mani. Untuk itu, zakar harus ditajamkan untuk mengeluarkan Biji zakar hingga dirasakan ia menonjol ke hujung kepala zakar apabila zakar tegang. Cara menajamkannya ialah apabila bangun tidur. duduk dan temukan kedua-dua tapak kaki. Sebaiknya zakar masih tegang semasa melakukan latihan ini. Tarik nafas dalam-dalam sambil menekan kedua-dua lutut dengan tapak tangan. Cuba tekan lutut itu hingga jejak ke lantai tapi jangan dipaksa. Pada masa itu, kendalikan otot zakar (otot-otot pengemut kencing) dengan mengemutkannya. Jika zakar masih tegang maka pastikan bahawa kepala zakar menjadi besar dan berkilat apabila otot itu dikemutkan. Cara kedudukan semasa melakukan ini ditunjukkan di dalam Senaman Harimau langkah yang kedua.

Apa itu Biji Zakar? Satu lagi komponen pada zakar anda yang tidak banyak diketahui umum ialah Biji Zakar. Ia tidak boleh dilihat dengan mata kasar tetapi anda boleh merasainya setelah selalu membuat senaman tenaga batin. Ia dapat dirasai menonjol di hujung zakar anda di sebelah atas lubang kencing itu.


3. Mengesatkan Kepala Zakar
Praktik ini bertujuan untuk mengurangkan sensitiviti pada kepala zakar dan memberi latihan kepada saraf-saraf yang berhubung dengannya agar biasa dengan rasa kengiluan yang tinggi. Rasa ngilu adalah antara sebab mengapa mani terpancut lebih awal. Kepala zakar yang lebih kesat juga akan menambahkan kelazatan kepada isteri. Caranya ialah, mulakan dengan duduk seperti mahu bersila tetapi kedua tapak kaki ditemukan. Tangan kiri memegang kaki kiri dan tangan kanan memegang batang zakar (paling baik ialah bila zakar tegang di waktu pagi). Tarik nafas, kemutkan otot zakar, dekatkan kaki kiri ke kepala zakar dan geselkan telapak kaki ke kepala zakar ke arah lubang kencing, satu hala saja. Ulangilah hingga 3 kali geselan. Boleh juga diulangi hingga terasa ngilu barulah berhenti.

4. Cara Meminum Air Waktu Pagi
Air yang diminum ialah Air Masak Mati (air masak yang sejuk), diminum di kala pagi dalam kedudukan seperti orang mahu merangkak. Sebelum minum tarik nafas. Tahan nafas ketika meneguk (jangan dihembuskan ke dalam gelas). Tegakkan kepala ketika meneguknya, bukan menunggangkan gelas. Minum cara ini dikatakan dapat melegakan kerongkong serta berupaya membersihkan usus perut dari kekotoran dan dahak yang terkumpul semasa tidur. Ia dibersihkan sebagai penyediaan untuk hari yang baru.
Nota: Saidina ‘Ali mengajarkan bahawa sebaik-baiknya minum air hujan kerana ia mensucikan badan dan menyembuhkau segala penyakit. Pada waktu pagi minum air sambil berdiri dan waktu malam minum sambil duduk. Islam juga mengajarkan minum dengan meneguk dengan perlahan-lahan, paling sedikit 3 teguk. Mulai dengan Bismillah dan akhiri dengan Alhamdulillah. Rasulullah s.a.w. selalu meminum air bercampur madu di waktu awal pagi.

5. Cara Buang Air Kecil 
Buang air kecil di kala awal pagi mengakibatkan perubahan suhu yang mendadak pada pundi kencing lamas pada zakar. Cara yang dicatntkan ini dikatakan dapat mengelakkan angin pasang dan menolong memanaskan serta mengeraskan batang zakar. Caranya iaiali, cari buluh yang mana lubangnya lebih besar dan panjang dari saiz zakar ketika tegang Keringkan dan simpan buluh tersebut. Bila mahu buang air di kala pagi maka masukkan batang zakar ke dalamnya dan buang air di dalam buluh tersebut. Biarkan zakar berendam di dalam buluh sekadar 10 saat, barulah basuh zakar serta buluh tersebut sebersih-bersihnya. Dikatakan juga, jika tiada buluh maka memadai menadah air kencing itu dengan tangan kiri dan dan kemudian mandikan batang zakar dengan air itu dan basuh. Ada juga petua bahawa semasa melepaskan air kencing itu, jangan dilepaskan sekaligus, lapi lepaskan sedikit dahulu, tahan dan kemudian baliani dilepaskan semuanya.
Nota: Amalan di atas tidak diajarkan oleh Islrun, hanya petua orang Melayu lama. Antara tertib yang diajarkan oleh Islam ialah, ketika masuk ke bilik air, dahulukan kaki kiri, mencangkung dengan meletakkan berat badan kepada kaki kiri. Setelah selesai buang air maka dilakukan Istabra iaitu memicit kepala zakar dan menariknya sedikit ke hadapan bagi membersihkan sisa-sisa air kencing jika masih ada. Kemudian sunat bagi membersihkan bahagian bawah tubuh dengan air sejuk bagi mengelakkan kencing batu. Bila keluar dari tandas maka mulai dengan kaki kanan.

6. Cara Buang Air Besar 
Dikatakan bahawa cara ini patut diamalkan temtama pada ketika pagi. Buang air kecil dahulu hingga habis dan kemudian baharu buang air besar. Jangan ditahan diri dari buang air besar kerana ini akan memudaralkan badan. Bila hendak buang air besar maka kepilkan kedua belah tangan dicelali pelipat antara betis dan paha. Jongketkan kaki kanan, kaki kiri tetap seperti biasa. Dengan cara ini maka berat badan akan tertumpu ke sebelah kiri. Semasa meneran maka kacipkan gigi bawah ke gigi atas. Cara di atas mirip kepada apa yang diajarkan oleh Islam dan Ilmu Tabib Islam.

7. Cara Mandi 
Ampu atau pegang buah zakar dari bawah ke atas, sebaiknya menekup hingga seluruh batang zakar agar tidak terkena air siraman pertama. Sirami dahulu dua kepala lutut dengan air kemudian barulah sirami kepala, lantas teruskan mandi dengan menekup zakar secara yang tersebut.
Nota: Perkara di atas tidak diajarkan oleh Islam. Antara yang diajarkan oleh Islam ialah jangan mandi di tempat terbuka dalam keadaan aurat terbuka. Jangan mandi ketika perut kenyang atau lapar, jika lapar makan sedikit baharu mandi. Ketika mandi jangan minum air sejuk atau makan semangka. Hilangkan bau yang tidak sedap pada badan dan cukur bulu-bulu ketiak dan ari-ari agar air dapat menyerap mudah lantas membersihkan kawasan itu. 

8. Sarapan Pertama
Diajarkan oleh orang Melayu lama supaya mengamalkan makan Kulit Kayu Manis (kira-kira seinci panjangnya) atau sebiji Cengkih sebelum sarapan pagi. Ini bagi mengeraskan zakar.

9. Cara Makan 
Tenaga berkurangan dan tidak bertambah tetapi ada cara bagi membangkitkan semula tenaga dan melambatkan proses berkurangnya tenaga. Menurut orang Melayu lama, mula-mula makan sebuku kecil garam, ia dapat menghindarkan berbagai penyakit. Setiap kali mahu mula makan, kepalkan sebanyak 3 kepal nasi yang tidak berealnpur apa pun. Semasa mahu menyuap maka baca:
  • Bagi suapan pertama: ‘Bismillah’
  • Bagi suapan kedua: ‘Bismillahir rahmaan’
  • Bagi suapan ketiga: ‘Bismillahir rahmanir rahiim’ - untuk suapan ketiga itu, hembuskan atau tiup tiga kali hingga air ludah memercik sambil mengucapkan Syifa’ (ertinya ubat) sebanyak 3 kali.

Ketika makan, kunyah makanan sehingga lumat dan jangan berulam air di antara suapan melainkan jika tercekik. Apabila selesai makan maka ambil dan makan sebiji kecil garam. Kemudiannya, tunggu hingga nasi turun ke perut barulah minum air.
Nota: Bacaan Bismillah bagi tiga suapan pertama itu adalah serupa sebagaimana yang diajarkan oleh Imam Al-Ghazali tetapi mengepal nasi dan kemudian menghembuskan sambil membaca Syifa’ itu tidaklah ditemui dari punca Islam setakat tajuk ini ditulis. 

Di dalam Islam diajarkan bahawa bacaan Bismillah itu hendaklah dikuatkan. Makan dengan tangan kanan, kecilkan suapan dan baguskan kunyahan. Makanan yang panas jangan dihembus tetapi bersabar hingga mudah untuk memakannya. Jangan makan ketika perut sudah kenyang. Duduk di atas lantai adalah sunnah. Berusaha agar terdapat sayur dan cuka di meja makan. Makanan yang jatuh ke meja sunat di makan. Setelah makan, bersihkan gigi dan setelah itu berkumur tiga kali. Amalan memakan garam sebelum dan setelah makan memang disunatkan dalam Islam

10. Cara Tidur Malam 
Semasa mahu tidur, duduk di atas kedua telapak kaki (seperti duduk antara dua sujud) dan dengan perlahan cuba rebahkan badan lurus ke belakang. Kemudian dari posisi itu, cuba bangun semula dengan perlahan tanpa pertolongan tangan. Kemudian baringlah. Sambil meletakkan kedua tangan hampir dengan mulut, baca Surah Al-Fatihah, Surah An-Nas, Surah Al-Falaq dan Surah Ikhlas kemudian sapu dengan tapak tangan itu anggota badan yang tercapai oleh tangan selain dari kemaluan hadapan serta belakang.

Ketika tidur, adalah lebih baik memakai kain sarung dan tidak memakai celana dalam (underwear). Ini adalah untuk membolehkan darah mengalir dengan lancar di sekitar zakar serta pinggang semasa tidur. Tidurlah dengan mengiring di atas lambung kanan kerana ia mempunyai faedah kesihatan.
Nota : Di dalam Islam, disunatkan wuduk sebelum tidur. Posisi tidur adalah mengadap kiblat dan baring mengiring di atas tubuh bahagian kanan (lambung kanan) serta meletakkan tangan kanan di bawah muka seolah-olah seperti bantal. Keadaan kaki adalah bebas. Ada kitab yang menyatakan bahawa tidur di atas lambung kiri adalah seperti kelakuan raja kerana mahu menghadamkan makanan yang telah dimakan, tidur di lambung kanan adalah sebagaimana perbuatan para nabi dan wali, tidur terlentang atau terlangkup adalah mirip kepada perbuatan syaitan dan elok dijauhi.